Baiki mesin basuh


perkara asas yg perlu anda tau sekiranya barangan elektrik tak berfungsi
- periksa pada plug utama pd dinding samada ada arus lektrik ke tidak
dgn menggunakan test pen@ test barangan letrik lain pada plug yg sama.
- periksa ac cord samada di makan tikus atau terputus akibat hentakan
- tukar plug 3 pin yg baru.pastikan kedudukan wire penyambungan yg betul.
warna coklat@merah adalah life sebelah kanan plug.warna biru@hitam adalah
neutral sebelah kiri plug.Hijau adalah bumi,atas plug.
- sekiranya anda on barangan letrik berlaku trip satu rumah,barangan letrik anda
itu sudah mengalami kerosakan.


1.MESIN BASUH AUTOMATIC
 Banyak perkara yang menyebabkan komponennya sering rosak. Salah satu sebabnya adalah kerana penggunaan atau karena faktor usia komponen itu sendiri.




Apa sahaja barang yg kita perlukan untuk membaiki mesin basuh:
-pemutar skru
-spana
-multi meter
-alat pemeteri
-dll



Apa sahaja kerosakan yang selalu kita jumpa pada mesin basuh?
-air tidak keluar.
-air tidak masuk.
-air keluar perlahan - lahan
-air masuk perlahan - lahan
-tidak boleh membasuh
-tidak boleh mengeringkan
-bunyi bising di waktu pengeringan
-basuhan tidak bersih,kurang kuat daya pusingan

 
 
Getah pembuangan air
1.Air tidak keluar.
Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat disitu atau termasuk duit siling.

Caranya periksa getah dekatan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotaran atau duit siling yang melekat disitu.





Water pam
2.Air tidak masuk.
Hidupkan mesin basuh dan periksa volt ac menggunakan multi meter pada water pam biasanya 230v ac, Jika ada, pam air harus diganti baru.







3.Air keluar perlahan - lahan.
 Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan kotoran atau duit siling.






4.air masuk perlahan - lahan
  Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini karena ianya juga sudah tersumbat. Lihat contoh gambar di atas.

5.Tidak boleh membasuh
  Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:
  -Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan kerosakan pada suis pintu atau magnet  pada pintu sudah hilang.
  
                                     Getah pada motor
getah pengikat pada motor...kalau anda lihat getah sudah terlalu longgar sebaiknya nya tukar dengam getah baru.








                                                   Level air
Jika level air tidak berfungsi dengan baik untuk meyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor. Jadi ianya tidak akan boleh membasuh..Getah ini selalunya ia terletak bahagian atas belakang...ciri ciri nya terdapat 2 atau 3 wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble bahagian bawah.


                                              
                                                      6.Tidak boleh mengeringkan.

cth: Selenoid
 Lihat bahagian bawah  dekat paip air yang mula mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v ac. Tukarkan selenoid tiada bacaan meter ditemui.

Sewaktu anda menekan butang spin, alarmnya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukan selenoid.



7.Bunyi bising sewaktu pengeringan
  Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini karena cara membukanya komponen ini terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.
                                                    

  8.Basuhan tidak bersih atau kurang kuat daya pusingannya.
  Cuba periksa getah pada motor mungkin ia sudah longgar.
  Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru.  







atau piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus??






2 comments: