Baiki Kipas angin

CARA BAIKI KIPAS SILING

Kipas merupakan suatu keperluan di setiap rumah. Ia berfungsi menggerakan udara. Terdapat pelbagai jenis kipas siling di pasaran. Di zaman sekarang sudah ada kipas siling yang di kawal secara jauh(remote control). Malah terdapat juga gabungan lampu hiasan padanya. Terpulang kepada keperluan mahupun kemampuan individu dalam memilih kipas siling. Sila ke kedai untuk mendapatkan yang terkini kerana MT kali ini ingin berkongsi cara membaikinya sahaja. Jom kita troublrshooting bersama.


  • Kipas tidak berfungsi - Berkemungkinan alat perlindungan( Main suis, MCB, ELCB ) terpelantik(Trip). Sila ON kan semula. Jika tiada bekalan juga. Sila semak bil TNB kot tak bayar lagi. Hehe gurau je, kes begini dah tak boleh di ubati lagi kerana motor telah rosak. Di nasihatkan tukar baru.

  • Kipas berpusing tetapi slow - Kebiasaanya kapasitor kipas tersebut telah rosak. Sila gantikan yang baru mengikut kadaran yang sesuai. Bawa sampel ke kedai untuk lebih mudah. Tak kenal kapasitor? Dekat kipas tu ada tersembunyi dalam tudung bawah berwarna hitam mempunyai dua terminal.

  • Kipas berpusing lawan arah jam - Ni kes kapasitor di pasang secara terbalik terminalnya. Just ubah je cara masuk kabel.

  • Kipas berbunyi bising - Mana leh tahan kan, cuba tengok bilah kipas takut ia bengkok. Kalau leh perbetulkan, bunyi bising mungkin boleh di kurangkan. Ada juga disebabkan rod penyangkuk telah longgar. Ketatkan bahagian ini. Lambat bertindak, kipas akan menghempap kepala tuannya.

  • Kelajuan tidak boleh dikawal - Ini disebabkan alat control( regulator) telah bypass ataupun rosak sebahagian. Gantikan dengan yang elok. Jika regulator panas pun sama. Sila tukar baru.
Di harap dapat membantu dan selamat membaiki kipas...

2 comments:

  1. kipas saya model mitsubishi... guna remote 3 speed... kalau on swicth dinding, kipas terus jalan tp slow... tekan on remote kipas terus speed 3... lepas tu dia tukar sendiri jadi slow sangat... speed 1 & 2 tak laju... speed 3 jer boleh function... apa yg rosak tu...

    ReplyDelete
  2. kipas saya model mitsubishi... guna remote 3 speed... kalau on swicth dinding, kipas terus jalan tp slow... tekan on remote kipas terus speed 3... lepas tu dia tukar sendiri jadi slow sangat... speed 1 & 2 tak laju... speed 3 jer boleh function... apa yg rosak tu...

    ReplyDelete